Tuesday, December 6, 2011


Ya,
Aku tahu
Kau marah
Aku tidak pertahankan kau
Kononnya orang yang paling aku cinta

Ya,
Aku tahu
Kau kecewa
Aku terus berputus asa
Kononnya tidak mahu halang kau bahagia

Ya,
Aku tahu
Kau benci
Aku terus membisu diam menyepi
Kononnya menjauh mengubat luka sendiri

Ya,
Aku tahu
Kau sedih
Bukan niat untuk jadi duri
Tapi hanya untuk menguji
Rupanya tertusuk diri sendiri

Ya,
Kini aku tahu
Kau keliru
Antara dia dan aku
Janji telah terpatri
Tak guna berpaling lagi

Ya,
Kini aku pasti
Kau bahagia
Dengan rela aku menyepi
Walau rindu terpaksa berpura

Ya,
Aku yakin kini
Cinta tinggal di hati
Walau di mana kau berada
Atau dengan siapa menemani
Kau tak pernah tinggalkan aku
Kerna cinta untukmu
Terpatri utuh di hati 

No comments:

Post a Comment

sudi-sudilah tinggalkan komen ye,terima kasih...